Saturday, April 11, 2009

AUDIO

Audio bermaksud bunyi dalam pelbagai jenis bentuk digital seperti suara, muzik dan lain-lain lagi yang boleh didengar. Audio juga membantu dalam memberi kesan bunyi yang lebih menarik bagi sesuatu filem, drama, filem animasi mahupun iklan di dalam television dalam menyampaikan maklumat atau mesej dengan lebih berkesan. Tanpa audio, ianya akan menyebabkan mesej yang cuba disampaikan tidak dapat disampaikan dengan baik dan tanpa audio ianya juga tidak dapat menarik perhatian penonton untuk terus menonton. Contohnya bagi filem yang berbentuk aksi, biasanya bunyi yang digunakan adalah lebih kuat berbanding dengan filem romentik yang biasanya menggunakan bunyi yang agak perlahan atau mendatar. Perbezaan frekuensi bunyi ini akan mempengaruhi kejelasan bunyi dalam filem tersebut, dan ianya akan mempengaruhi “mood” penonton untuk terus menonton filem tersebut.



GRAFIK

Grafik ialah sebahagian dari gambar yang diambil daripada kamera, lukisan yang dilukis mengikut tema tertentu ataupun garisan-garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang atau gambar yang cantik. Contohnya dalam pembikinan sesuatu iklan untuk memujuk pengguna seperti iklan berhenti merokok atau iklan kempen alam sekitar, kita perlu menggunakan grafik yang ringkas tetapi tetap menarik perhatian penonton. Hal ini kerana, iklan berhenti merokok atau kempen alam sekitar ini sukar untuk diterangkan dengan menggunakan teks, akan tetapi grafik mampu untuk menyampaikan maklumat atau mesej iklan tersebut dengan lebih berkesan.

Selain itu, pada zaman 90an, kita kebanyakannya masih lagi menggunakan kamera yang menggunakan negatif filem untuk menangkap gambar sebagai kenangan pada masa depan. Kini, penggunaan kamera yang menggunakan negatif filem kian dilupai. Ianya telah digantikan dengan kamera digital yang lebih berteknologi bagi memberi kepuasan kepada pengguna. Contohnya, jika dahulu kita perlu “cuci” dahulu negatif filem untuk melihat gambar yang telah ditangkap, dan kita tidak boleh untuk menyunting dan tahu akan hasil yang akan diperolehi samada kualiti gambar sempurna mahupun tidak. Akan tetapi, kini dengan menggunakan kamera digital, kita boleh menyunting gambar yang telah ditangkap mengikut kretiviti kita agar gambar yang ingin kita “cuci” itu berkualiti dan menarik.

VIDEO

Video merupakan teknologi yang efektif dan paling popular digunakan dalam bidang multimedia. Video merupakan salah satu saluran maklumat yang menarik dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada masyarakat. Sekitar zaman 90an, kita biasanya menggunakan “video tape” untuk menyimpan rakaman video yang kita telah rakam di televisyen. Jika kita menyimpan terlalu lama “video tape” tersebut, ianya akan menyebabkab kualiti video itu semakin tidak elok. Akan tetapi, kecanggihan teknologi berkaitan dengan video telah disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan menyalin semula rakaman video hasil ciptaan atau karya orang lain untuk keuntungan sendiri. Hal ini kerana, video berbentuk digital yang telah disalin semula (duplicate) tidak akan menjejaskan kualiti video tersebut, dan kualitinya adalah hampir sama dengan kualiti video yang asal.