Saturday, April 11, 2009

GRAFIK

Grafik ialah sebahagian dari gambar yang diambil daripada kamera, lukisan yang dilukis mengikut tema tertentu ataupun garisan-garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang atau gambar yang cantik. Contohnya dalam pembikinan sesuatu iklan untuk memujuk pengguna seperti iklan berhenti merokok atau iklan kempen alam sekitar, kita perlu menggunakan grafik yang ringkas tetapi tetap menarik perhatian penonton. Hal ini kerana, iklan berhenti merokok atau kempen alam sekitar ini sukar untuk diterangkan dengan menggunakan teks, akan tetapi grafik mampu untuk menyampaikan maklumat atau mesej iklan tersebut dengan lebih berkesan.

Selain itu, pada zaman 90an, kita kebanyakannya masih lagi menggunakan kamera yang menggunakan negatif filem untuk menangkap gambar sebagai kenangan pada masa depan. Kini, penggunaan kamera yang menggunakan negatif filem kian dilupai. Ianya telah digantikan dengan kamera digital yang lebih berteknologi bagi memberi kepuasan kepada pengguna. Contohnya, jika dahulu kita perlu “cuci” dahulu negatif filem untuk melihat gambar yang telah ditangkap, dan kita tidak boleh untuk menyunting dan tahu akan hasil yang akan diperolehi samada kualiti gambar sempurna mahupun tidak. Akan tetapi, kini dengan menggunakan kamera digital, kita boleh menyunting gambar yang telah ditangkap mengikut kretiviti kita agar gambar yang ingin kita “cuci” itu berkualiti dan menarik.

No comments:

Post a Comment