Wednesday, January 28, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG



Amalan makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Bagi Noraida Ariffin, 35, beliau mula menikmati ulam-ulaman sejak kecil lagi selepas diajar oleh ibunya. Kini, ulam-ulaman mentah seperti pucuk selasih, ulam raja, selom, serta pegaga menjadi sajian utama dalam makanan seharian beliau.

Kawan-kawan nak tau apa yang menarik mengenai Puan Noraida Ariffin dengan ulam-ulamannya???

Semasa saya sedang membaca suratkhabar Harian Metro bertarikh 26 Januari 2009 dalam bahagian Variasi, saya begitu tertarik dengan rencana tersebut yang berkaitan dengan perniagaan herba dan pokok tanaman oleh Puan Noraida Ariffin. Minat yang mendalam terhadap tumbuhan herba dan ulaman telah mendorong beliau untuk mengasaskan perniagaan menjual pelbagai jenis tanaman menerusi laman web melur.com

Puan Noraida merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah mengaplikasikan segala kemahirannya dengan membina satu laman web untuk perniagaan herba dan pokok tanaman.

Menarik bukan?? Hanya dengan membina satu laman web, beliau boleh serta berkongsi minat dan pengetahuan dengan para pengguna hanya dengan menggunakan teknologi baru ini. Penggunaan laman web sememangnya dapat membantu dalam mempromosi sesuatu perniagaan. Hal ini kerana, pemilik laman web tersebut boleh mencipta laman mereka mengikut citarasa mereka.

Saya sendiri sudah melihat laman web tersebut. Amat menarik kerana didalamnya Puan Noraida Ariffin telah menyediakan banyak maklumat berguna mengenai tanaman serta memasarkan pelbagai tumbuhan menerusi katalog yang telah disediakan.

Gaya hidup masyarakat yang semakin moden dan sibuk menyaksikan mereka tidak mahu membazir masa melawat sesuatu nurseri semata-mata untuk mencari pokok yang diinginkan. Ia mendorong masyarakat beralih kepada urusan pembelian barangan menerusi Internet yang ternyata lebih mudah, banyak pilihan serta menjimatkan masa.

Selain itu, penggemar tanaman herba dari seluruh Negara juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke sesuatu kawasan untuk mendapatkannya sebaliknya boleh memesan di Internet dengan harga yang hampir sama.

No comments:

Post a Comment