Friday, January 09, 2009



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...

Nama saya Nur Asnida Azreen Bt Zolkepli..Kamu semua boleh panggil saya nida..saya berasal dari Jitra Kedah, dekat dengan UUM tempat dimana saya belajar sekarang..

Semasa Diploma, saya mengambil jurusan Akauntansi di
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)..dan sekarang saya meneruskan pengajian saya di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) dalam jurusan Komunikasi, jurusan yang jauh berbeza dengan jurusan saya semasa di POLIMAS..tapi saya bersyukur dan gembira sebab dapat menambah ilmu pengetahuan walaupun tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang Akauntansi..

Sekarang umur saya 23tahun, muda lagi,hehe..saya anak sulung daripada 3orang adik beradik..dua orang adik saya semuanya lelaki dan mereka sekarang belajar di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) dan KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP)..Ayah saya seorang pesara tentera, manakala ibu saya seorang suri rumah..

Di masa lapang saya suka menonton televisyen dan mendengar lagu..Jika mempunyai masa terluang saya akan membantu ibu saya menanam, menyiram atau berkongsi idea dan pendapat berkaitan dengan pokok bunga di kawasan rumah saya..sekarang saya mempunyai hobi baru, sekarang saya suka baca cerpen..tapi saya baca cerpen secara "online", banyak cerita-cerita yang menarik..kawan-kawan cuba la masuk "search" laman
TERATAK SANTAI,mesti seronok..




No comments:

Post a Comment